Pages

Sunday, February 20, 2011

Cadangan Tempoh Perkhidmatan Perdana Menteri Dihadkan-Anda Setuju?




Cadangan Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas agar tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dihadkan hanya 8 tahun sahaja, disambut baik oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.Berikut adalah kenyataan Bernama mengenai cadangan ini.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau bersetuju cadangan supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun.
Beliau berkata, cadangan tersebut boleh dipertimbangkan dan sekiranya seseorang itu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak melakukan perkara yang memberi kesan buruk kepada negara, maka beliau wajar diberikan peluang untuk dilanjutkan tempoh perkhidmatannya.
“Kalau kita menghadkan tempoh kuasa contohnya satu penggal, ia tidak akan membolehkan seseorang pemimpin itu melakukan tugas dengan efisyen dan gagal melaksanakan apa yang dirancang,” katanya.
Tun Mahathir, yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, berkata demikian pada sesi soal jawab di forum Cabaran Semasa Sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan supaya seseorang yang menjawat jawatan Perdana Menteri dihadkan selama lapan tahun saja.
Katanya, tempoh itu relevan kerana pada kebiasaannya selepas mengambil alih tampuk pimpinan negara, seseorang itu perlu mempelajarinya terlebih dahulu.
“Tahun pertama adalah tahun mula mempelajari selok belok pemerintahan, tahun kedua pula tahun merangka dan menyusun pelbagai program, manakala tahun ketiga pula tahun untuk melaksanakan apa yang dirancang.
“Manakala tahun ke empat dah pilihan raya. Jadi mana nak sempat dia nak melakukan apa yang dirancangnya,” katanya.
Tun Mahathir ketika mengulas mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, akta tersebut adalah baik, namun jangan disalahgunakan.
“ISA bukanlah satu keperluan dan saya juga mencadangkan supaya ISA dihapuskan. Namun selepas mendapat nasihat daripada penasihat saya iaitu polis, maka ISA tidak dihapuskan,” kata beliau. – BERNAMA
Kami berpendapat cadangan ini amat baik sebenarnya kalau diaplikasikan.Namun setiap cadangan itu pasti ada pro dan kontranya. kami berpendapat, sekiranya seseorang perdana menteri itu memberikan khidmat terbaik dalam membawa Malaysia ke arah yang lebih baik, apa salahnya kalau tempoh perkhidmatan itu dipanjangkan.

Tapi kalau sepanjang tempoh perkhidmatan, hanya banyak membuat keputusan yang merugikan negara dan rakyat, maka tidak perlulah menunggu sehingga lapan tahun baru nak “ditamatkan” perkhidmatan. Cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan ini sebenarnya bukan terletak pada tangan-tangan ahli politik.
Rakyat yang wajar dan diberi kuasa untuk membuat keputusan samada kita patut mengekalkan perkhidmatan mereka atau tidak.Sebab itu Malaysia sebuah negara yang demokrasi dan ada pilihanraya.
Kami juga berpendapat sekiranya Perdana Menteri selalu bertukar-tukar, ianya sedikit sebanyak merencatkan projek jangka masa panjang yang telah dilaksanakan.Dan akhirnya membawa kerugian yang banyak.Contoh seperti kes pembinaan jambatan bengkok. Tempoh perkhidmatan yang terlalu lama juga boleh membawa kepada seribu macam kerosakan.
Namun sebenarnya pilihan terletak di tangan anda.Kita sebagai rakyat yang menentukan.Kalau kita sendiri tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat, macamana kita nak menentukan apa yang terbaik buat negara dan khususnya, diri kita sendiri. Soalan saya, adakah anda bersetuju dengan cadangan ini?

Anda Setuju Dengan Cadangan Mengehadkan Tempoh Perkhidmatan PM?

No comments:

Post a Comment