Pages

Tuesday, February 15, 2011

Terkena Buatan Orang.


Ceremonial Magic & The Power of Evocation
Salam,
Ibuku telah kembali ke rahmatullah pada 9.40 pagi,Sabtu,22.01.2011. Kisahnya bermula begini,

Ibuku adalah seorang ibu yang amat penyayang.Kasihnya terhadap anak2 tidak pernah berbelah bagi sehinggakan suamiku sendiri menyayanginya lebih daripada ibunya sendiri.Kata suamiku,amat susah nak mencari seorang mertua seperti ibuku. Rutin harian ibuku adalah seperti orang2 lain juga.Awal pagi bangun untuk solat subuh dan disudahi dengan mengaji.menyediakan sarapan,menyapu laman rumah.Setiap pukul 10 akan mengadakan solat dhuha.Adik2 ku sudah besar.Yang bongsu ingkatan 5 pada tahun ini.Kami 6 beradik.Hanya aku dan adikku sahaja yang baru  mendirikan rumahtangga.






Ibuku mengasuh 3 orang anak saudaraku berumur 1,4 dan 7 tahun.Adikku tidak mahu menyusahkan ibu dengan mengasuh anak2nya tapi kata ibuku,biarlah anak2nya menjadi teman sementara ayah dan adik2ku yang lain tiada dirumah.Kasih sayangnya terhadap cucu2nya tak berbelah bagi.selepas adik bongsuku pulang dari sekolah, ibuku akan ke surau berdekatn untuk mendengar ceramah agama(selalunya hari selasa,khamis dan sabtu).Setiap hari juga ibuku akan mengerjakan solat maghrib dan isyak di surau berdekatan rumah, tak pernah miss.orang2 kampung amat senang dengan ibuku.Beliau amat ringan tulang untuk menolong orang,menziarahi orang sakit,mendengar masalah orang,amanah dan penyabar. Bulan 8 tahun lepas,tiba2 ibu mengalami batuk yang pelik. Kahak teramat banyak keluar. Adik2 telah membawanya ke beberapa klinik tapi masih tiada perubahan. 


Aku yang tinggal di K.Lumpur telah pulang dan mumujuk ibu untuk ke hospital.Ibu hanya akur dengan pujukanku. Ibu telah ditahan selama 2 minggu.Berbagai ujian darah,pengambilan tisu dilakukan tapi doktor tiada apa2 pengesahan tentang penyakitnya.At last, ibu disahkan mengidapi tibi.Semasa di hospital,ada 4-5 orang mencadangkan supaya ibu dibawa berubat kampung.Katanya ibu ada gangguan luar.Aku ada terfikirkan perkara itu kerana setiap kali aku atau sesiapa sahaja mengurut,memicit ibu,badan akan sakit,lebam2 atau demam.


Keluar dari hospital,kami membawa ibu ke DarulSyifa K.Trg.Kami amat terkejut kerana supa2nya batuk yang dialami ibu adalah santau angin yang dihantar orang. kaca kalimantan,berus periuk,bulu hitam telah keluar dari badan ibu. Ibu telah kami bawa berulang kali ke Darul Syifa sehinggalah tiada lagi apa2 yang keluar dari badan ibu semasa rawatan.Kami amat gembira dengan perubahan baik ibu.Tetapi keadaan itu tidak lama.Ibu mengalami pula sakit2 badan yang tak terhingga sehingga mengguling2 kesakitan.Kami tidak sangguip melihatnya.Seorang ustaz yang kebetulan memberi ceramah di surau yang selalu ibu pergi telah kami panggil. Ustaz amat terkejut, katanya ada orang sakit hati dengan ibu(tetapi tidak diberitahu siapa).Ini kerana anak2 ibu semuanya baik2 dan tak pernah bergaduh sesama sendiri.Tidak seperti anak 'orang' itu yang x pedulikan dia(setelah dikorek berulang2 kali oleh ayah,barulah diberitahu)Ada jarum yang ditanam di bawah rumah.Astaghfirullah..... Ustaz itu turut kelihatan sedih kerana dia mengenali ibu.Katanya, kenapa ada orang yang dengki dengan orang yang baik seperti ibu..Setelah beberapa kali berubat dengan ustaz itu, ibu beransur sembuh.. Satu hari,ibu saudaraku membawa seorang kenalannya yang pandai berubat.Katanya sama dengan ustaz yang mengubati ibu,ada orang dengki dengan ibu kerana anak2 semuanya baik2.ada lagi beberapa klu yang diberi tetapi kami masih x tau siapa.Tapi yang pasti jiran terdekat kami.Ibu beransur baik.Kami sentiasa mengawasinya dari segi pemakanan,ubat2an dan sebagainya.


Hari Ahad,16-1-11 selepas Maghrib,ibu tiba2 pelik.Mata x mahu dibuka,badan teramat lemah,x menyahut bila orang memanggil.Ayah yang x sedap hati telah memanggil semua saudara2mara datang.Kami membaca Yassin beramai2.Ibu kegelisahan.Ustaz dipanggil.Setelah dibcakan ayat2 suci Al Quran,barulah ibu dapat membuka mata dan mengenali kami semua.Dia meminta maaf dari kami semua jika dan salah dan silap yang telah dilakukan,halalkan semuanya. Katanya semua orang telah dia maafkan.Semuanya tidak disimpan didalam hati.Dia amat sayangkan semua orang.Kami amat sayu.Semua sepupuku,mak dan bapa saudaraku menangis kerana ibu amat rapat dan baik dengan mereka. Keesokan hari,ibu nampak lain macam.Mata tidak mahu dibuka,bercakap dalam bahasa siam.Menjelang Asar,ada bau busuk berdekatan ibu.kami memanggil ustaz lain datang kerumah.Pelik tapi benar,turun saja dari kereta,ustaz itu telah muntah2 sambil menekup hidung.tiba2 dia bersilat di atas jalan didepan rumah.Selepas itu sebilah keris dikeluarkannya dan dihunus pada pokok mangga didepan rumah kami sambil membaca ayat2 Quran. Dia amat terkejut melihat keadaan ibu.Katanya ibu terkena buatan orang.Setelah dikorek oleh ayah,katanya orang itu adalah jiran kami,dengki dengan ibu.Ustaz itu telah memagar rumah dengan menabur garam,cili,lada hitam,asam keping di sekeliling rumah.Semasa ustaz itu menabur bahan2 itu ke atas atap rumah,keluar percikan api yang kuat di atas bumbung.Kami amat takut ketika itu...


Setiap kali selepas Asar,Ibu akan bercakap perkataan2 yang pelik.Mata langsung tidak mahu dibuka.Minum melalui straw.Makan sedikit sangat.Akan ada bau yang busuk selepas Asar sehingga Maghrib dan selalu ada seekor lalat yang pelik selalu terbang berdekatan ibu sahaja. Tetapi semangat ibu sangat kuat,walaupun dia dalam keadaan itu,ibu masih mahu sembahyang(sambil duduk).Selalu kami bisikkan ditelinga dengan bacaan ayat2 Kursi ditelinganya dan Alhamdulillah, masih ibu boleh ikuti bacaan itu.Menjelang hari Khamis,ibu sudah tidak mahu makan dan tidak mengenali orang.Tanda2 ibu akan pergi sudah ada.Hidung ibu sedikit bengkok,telinga semakin jatuh.Kami tak berhenti membacakan Yassin untuk ibu.Kami tidak bersedia untuk kehilangan ibu yang amat kami sayangi.Ibu adalah ibu yang terbaik kami ada.Pada hari Sabtu pagi,setelah kami mengelap badan ibu,menukar baju ibu,mamakaikan ibu stokin,ibu membuka mata sambil tersenyum lebar.Kami amat gembira. Kebetulan ketika itu semua adik bradik,ayah,kakak ibu,bapa saudara ibu ada dirumah.Kami menyuapkan air.Ibu minum banyak.Ayah tersenyum tetapi mengeluarkan air mata.Kami pelik, ibu memandang ayah seperti mengatakan sesuatu dan ayah hanya mengangguk,Ibu menarik nafas panjang dan ayah cepat2 mengajarkan ibu mengucap sebanyak 3 kali.Ibu sempat mengikut ayah mengucap,tersenyum dan menutup mata buat selama2nya.Kami amat merasakan amat tidak percaya dengan pemergian ibu yang sekejap itu.


Amat ramai yang datang menziarahi jenazah ibu,sehinggakan rumah rumah sentiasa penuh dan orang terpaksa tunggu untuk melihat ibu buat kali terakhir. Wajah ibu amat tenang.Ramai mengatakan wajah ibu seperti bayi yang sedang tidur,tersenyum.Kulitnya bersih.Adik2 perempuan saya telah memandikan ibu buat kali terakhir.Sungguh lembut tubuh ibu.Seperti badan seorang bayi,licin,bersih,lembut.Satu ruang rumah penuh dengan orang mendirikan sembahyang jenazah.Kami amat terharu dengan keikhlasan orang untuk menyembahyangkan ibu dengan jumlah yang ramai.Alhamdulillah.

Tidak akan ada lagi selepas ini :
1. Bebelan ibu yang amat kami suka dengar
2. Masakan ibu yang tiada tandingannya
3. Ceramah ustaz yang ibu sampaikan kepada kami
4. Nasihat ibu yang tidak pernah memenangkan mana2 pihak
5. Suara ibu mengaji
6. Dan banyak2 lagi budi pekerti ibu yang sangat baik dan kami rindui

Hingga hari ketujuh,masih ada orang yang datang ke rumah kerana tidak mengetahui pemergian ibu. Bahkan ramai yang kami tidak kenali. 80% orang yang datang menziarahi jenazah ibu akan menitiskan air mata.Kami bangga mempunyai ibu yang amat disayangi semua orang. Sehinggakan ayah berpesan,jadilah seperti ibu,amat disayangai orang.Sebenarnya kami amat sakit hati dengan orang yang telah mengenakan ibu dengan cara ini.Semoga dibukakan hatinya untuk bertaubat kepada Allah...


Kisah ini hanyalah luahan hati saya yang amat sedih dengan pemergian ibu.Walaupun ibu telah pergi,tapi ibu tetap dan masih hidup dan segar di hati kami.Kepada sesiapa yang masih ada ibu,hargailah dan sayangilah ibu sepenuh hati.Ibu yang telah pergi tidak akan ada penggantinya lagi. Kepada sesiapa yang tinggal berjauhan,selalulah bertanya khabar ibu.Seorang ibu dan ayah tidak mengharapkan duit anak2 semata2, tetapi hanyalah perhatian,kasih sayang dari anak2. Bebelan ibu adalah satu nikmat,saya merasakannya sekarang.Suara ibu amat saya rindui...... Diharapkan kepada sesiapa yang membaca artikel ini dapat menyedekahkah AL-Fatihah kepada ibu saya.Amiiiinn.

2011/2/8 Prince of Yan


No comments:

Post a Comment