Pages

Tuesday, January 11, 2011

Raja Gula Malaysia, Ada Apa Pada Nama?


Kalau dahulu keluar sahaja senarai dan kedudukan orang paling kaya di Malaysia, kalau tak raja gula malaysia tak pun bekas raja gula Malaysia yang mana gelaran tersebut disandang oleh Tan Sri Robert Kuok. Tan Sri Anda Krishnan ada potong sekali Tan Sri Robert Kuok punya kedudukan, tak silap tahun 2008 bukan? Ramai yang beranggapan yang Tan Sri Robert Kuok hanya buat bisnes gula semata, tu yang jaid kaya. Hakikatnya empayar perniagaannya cukup besar.


Sama juga dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Siapa yang tak kenal beliau? Seorang individu yang bermula daripada bawah sehingga beliau berjaya menyelitkan diri daripada kalangan orang paling kaya di Malaysia. Siapa boleh pertikaikan kejayaan. Okey, itu fakta.
  • Kami melihat apabila Raja Gula Malaysia sebelum ini, Tan Sri Robert Kuok berkuasa, harga gula memang cukup stabil. Jarang-jarang sekali dinaikkan harga.
  • Masalah kenaikan harga gula yang kerap mula timbul apabila Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mengambilalih
Antara senarai syarikat yang sekarang ini sedang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar ketika ini :
  • DRB-HICOM
  • Tradewinds
  • MMC
  • PTP
  • Roti Gardenia
  • Padini
  • Gas Malaysia
  • Hotel Istana
  • Malakoff
  • Gamuda
  • SMART
  • Projek Landasan Keretapi Berkembar
  • Projek Jizan City
  • Senai Airport
  • Bernas
  • Gula Padang Terap
  • Projek Hidrokarbon Yan
Dan sekarang ini Syed Mokhtar nak kuasai 100% pengangkutan perairan pula! Yang mana sasarannya adalah Perlabuhan Pualau Pinang. Tak kira samada Cina, Melayu atau India jika benar nak monopoli bisnes gula ini sekalipun silalah menjadi player yang bagus. Bukannya menkederah pengguna anda.
  • Adakah tiada perasaan malu apabila sudah menjadi kaya-raya masih lagi mengharapkan bantuan kerajaan sedangkan rakyat di bawah masih hidup melarat?
  • Adakah begini caranya si kaya-raya yang berniaga atas nama “subsidi daripada kerajaan” sedangkan rakyat di bawah masih terkebil-kebil terutamanya golongan miskin dan pertengahan yang terhimpit terus “ditelan subsidi” mereka
  • Tak bolehkah kekayaan negara diberikan secara adil. Kenapa kebanyakan bisnes di Malaysia masih boleh dimonopoli oleh sestengah individu yang tamak haloba atas nama kroni? Rakyat Malaysia yang lain tak boleh merasakah limpahan kekayaan negara? Sepatutnya apa-apa bisnes atau kontrak berilah secara adil dan dengan adanya persaingan rakyat juga yang untung, cukai kerajaan tetap dapat. Tetapi kalau fikir dan songlap atas, songlap bawah, sampai bila-bila sesuatu akan dimonopoli oleh sesetengah individu
Kami nak tanya adakah dengan adanya sesebuah yayasan kebajikan bukan je untuk rumah anak yatim, rumah orang-orang tua, pelajar-pelajar miskin Islam dari Malaysia, Thailand melayakkan seseorang untuk conquer sebahagian besar bisnes-bisnes yang ada di Malaysia? Jangan katakan Robert Kuok ataupun Syd Mokhtar Al-Bukhary, malahan ramai lagi yang boleh kaya dan jadi billionaire seperti mereka ini jika diberikan peluang untuk menjalankan kaedah bisnes seperti ini :
  • Kalau berpuluh tahun monopoli sehingga digelar Raja Gula Malaysia diberikan kepada anda, bukan sahaja Robert Kuok dan Syed Mokhtar, anda pun boleh jadi billionaire
  • Kalau tenaga macam diesel proses kilang gula anda pun, kerajaan masih memberikan subsidi (guna duit income tax rakyat) anda tak boleh jadi bilionaire? Mustahilkah?
  • Begitu juga bilionaire YTL , Tan Sri Francis Yeoh. Kalau anda boleh cari duit buat IPP kemudian kerajaan bagi subsidi berbelas bilion dalam pelbagai bentuk untuk bisnes anda, kami nak tanya anda boleh tak anda jadi kaya?
  • Kemudian contoh senang lagi, kalau esok-esok anda nak buka ladang bunga di Cameron Highland contohnya tanpa sedikit pun diganggu PBT atas nama kroni, anda tak boleh jadi kaya?
  • Dalam masa yang sama pernahkah anda terfikir di sudut yang lain, kenapa agaknya kerajaan asyik tangguh sahaja setiap kali membincangkan gaji minimum di Malaysia? Kemudian kenapa agaknya kerajaan tidak membenarkan pekerja kilang elektronik menubuhkan Union ataupun kesatuan? Apa sebabnya?
  • Kenapa kerajaan mudahkan Bangla dan Indonesia masuk kerja di sektor-sektor pembinaan, sebagai contoh situasi yang berlaku sekarang? Apa sebab? Cuba perhatikan pemaju-pemaju yang “berjaya” lari meninggalkan 120,000 unit rumah/apartmen terbengkalai (mengikut statistik 2010) dan bank pula terus minta duit pembeli?
  • Semua bisnes besar-besar ini milik siapa?
Aaa….ah kami dah tersasar jauh daripada landasan tajuk asal hari ini. Memang misteri kenapa Tan Sri Robert Kuok melepaskan empayar gula yang tidak dapat ditandingi. Malahan ia boleh dikatakan inilah antara Skim Cepat Kaya versi VVIP yang menguntungkan. Tapi tak mengapalah, lagipun benda dah lepas. Tengoklah macam mana empayar Tan Sri Robert Kuok dibahagikan :
raja gula1 Raja Gula Malaysia, Ada Apa Pada Nama?
Majoriti masuk FELDA, sebahagiannya pula masuk TradeWinds yang mana dikuasai Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Dalam dalam masa yang sama  Bernas di bawah taklukan Tan Sri Syed Mokhtar. Sepatutnya , kalau Felda yang kawal mestilah menjaga rakyat bukan? Hasilnya?
  • Syed Mokhtar dapat Bernas. Tiba-tiba orang Kedah sendiri mengadu sehingga masuk TV3, suku belian Bernas daripada pesawah adalah rendah, reject rate tinggi aripada kebiasaannya. Ini namanya continuous cost efficiency
  • Syed Mokhtar dapat gula daripada Robert Kuok. Malaysia import 1 juta tan. Tiba-tiba Robert Kuok pergi beli sucrogen dari Australia. Siapa kow tow siapa sekarang? Takkan nak beli gula dari Brazil kot?
raja gula 2 Raja Gula Malaysia, Ada Apa Pada Nama?
raja gula 3 Raja Gula Malaysia, Ada Apa Pada Nama?
Kami ingat lagi, walaupun harga gula naik semasa di bawah Robert Kuok masa lepas, kerajaan tetap tidak mahu naik harga gula. Tan Sri Robert Kuok dilihat true player market gula yang dapat stabilkan harga ikut hasrat kerajaan berpuluh-puluh tahun. Bagaimana beliau boleh kawal harga gula di Malaysia? Begini caranya. Robert Kuok bukan semuanya tak betul, tetapi ada juga bagusnya beliau ini. Begitu juga dengan Syed Mokhtar. Tetapi, sekarang ini sejak Syed Mokhtar ambil alih bisnes gula di Malaysia, harga gula pula dibenarkan naik berkali-kali. Apa maksud semua ini? Mana pegangan kerajaan dahulu yang menjaga kepentingan rakyat?
Beginikah cara berbisnes? Teknik berniaga yang digunakan sekarang, mudah sangat. Kalau dah tak mampu, sembelih sahaja rakyat. Kemudian canang 1Malaysia supaya rakyat semula kurangkan gula (tak baik umtuk kesihatan). Propa……
  • Harga petrol / kereta / tol / air / gas /elektrik naik, pasal nak selamatkan bumi
  • Harga roti/ beras naik, pasal nak kurangkan berat badan kamu, jaga kesihatan kononnya
  • Bayaran perubatan naik, pasal nak ingatkan kamu jaga kesihatan juga

Ramai di luar bergelar peniaga yang jual air, ice blended, kuih-muih. Kalau dah naik gula, harga kuih akan dinaikkan lagi walaupun sebenarnya dalam seketul kuih atau segelas air hanya guna sedikit sahaja. Kenaikan sebenar seciput sahaja, tetapi terimalah sekarang harga kuih-muih dan air naik sampai 10-20 sen. Tak pun kuih akan jadi semakin kecil saiznya.
  • Politics + business go hand-in-hand. It’s a fine balance. One should not go too far ahead of the other.
  • Free market, open practices adalah penting untuk memastikan economic efficiency.
Tiada maknanya kalau segala macam operasi kerajaan seperti Pelabuhan Pulau Pinang pun nak dikautnya. Kenapa tidak diambilnya operasi feri di Pulau Pinang? Sepatutnya tunjukkan entrepeneurial skill to turn Penang ferry operation to a profitable venture. Itu baru namanya entrepeneur disegani. Perbandingan boleh disemak di bawah:
  • Revenue MMC sekitar RM8 billion. Begitu juga Jcorp revenue RM8 bilion. Dua-dua boleh dikatakan dapat Profit Before Tax (PBT) 8.2% untuk tahun 2009.
  • MMC Corporation punya Corporate Social Responsibility (CSR) apa dia? Sekurang-kurangnya Jcorp ada wakaf an-nur. Yayasan Al-Bukhary ada ke buat PBT Kodiang yang totally self funded? (sekadar mendalami lagi isu entrepeneurial skill vs business skill)
Yang sedihnya hutang JCorp RM3.2 billion dipukul canang seantero Melayu. Hutang MMC RM15 billion? Tiada dengar bunyi apa pun…………..Bezanya, ada Jcorp pergi “mengemis” merempat minta konsesi lebuhraya? Minta konsesi impot garam? Nampak ada bezanya di sini. Jcorp juga menubuhkan PBT Pasir Gudang yang hingga ke hari ini memegang rekod satu-satunya PBT yang tak pernah terima apa-apa geran dana kerajaan dalam operasinya, sehinggalah diserahkan kepada kerajaan Johor pada tahun 2010. Ini baru betul. Bila rakyat nak dapat subsidi, tidak diberikan hak yang sepatutnya. Kalau kroni?
Ada benda kami setuju dan sokong dengan Tan Sri Syed Mokhtar, ada benda kami tidak bersetuju dengan cara beliau, begitu juga kebanyakan billionaire yang ada di Malaysia.
Yang menjadi persoalannya sekarang, bagaimana seorang yang dipanggil “Bumiputra” boleh mendapatkan semua ini? Semuanya mahu dibolot? Adakah Bumiputra hanya bergantung kepada seorang ini sahaja yang membawa nama Bumiputra dan membuktinya kepada orang luar yang Bumiputera juga berkebolehan dan mempunyai kemahiran tinggi dalam perniagaan? Memang diakui yang Syed Mokhtar berkerja keras dan rajin bekerja tetapi yang menjadi masalah di sini daripada 17 juta Melayu di Malaysia hanya Syed Mokhtar yang mempunyai kebolehan dalam membolot empayar bisnes sebesar ini? Patutkah begitu? Bagaimana pula Melayu & Bumiputera yang lain?
Walaubagaimanapun, cadangan sebegini yang kami alu-alukan, tetapi malangnya cadangan tinggal cadangan dipetik daripada berita daripada Utusan Malaysia (8 Jun 2010)
Kerajaan digesa supaya meliberalisasikan sistem Permit Import (AP) melibatkan tiga barang kawalan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak bagi mengelakkan ia dimonopoli oleh syarikat tertentu sehingga menimbulkan masalah bekalan di pasaran.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataannya berkata, melalui pendekatan liberalisasi AP, kepentingan pengguna akan terpelihara kerana tiada lagi syarikat tertentu yang berkuasa mengawal bekalan dan pasaran sesuka hati.
Tetapi ada juga cadangan yang buat kami geleng kepala, asalkan boleh sahaja kalau nak bagi cadangan :
Kerajaan disaran membenarkan syarikat-syarikat jualan langsung menjual gula serta barangan keperluan pengguna lain bagi menangani krisis bekalan sejak kebelakangan ini. Menurut Ir. Hamim Samuri (BN-Ledang), walaupun syor itu agak lucu serta luar biasa, namun beliau yakin ia boleh melebarkan ruang serta sumber bagi membantu pengguna jika berlaku krisis bekalan. Beliau berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mempertimbangkan cadangan itu dengan serius kerana ia amat berkaitan dengan kehidupan rakyat secara langsung. ‘
‘Bukan sahaja gula, syarikat jualan langsung ini harus dibenarkan menjual minyak masak, tepung dan pelbagai barangan keperluan yang lain. Tujuannya memudahkan rakyat mendapat barang-barang ini sekiranya bekalan terputus di pasaran sama ada di kedai runcit atau pasar raya.
Kalau direalisasikan cadangan seperti ini, alamatnya bukan menyelesaikan masalah tetapi menambah masalah yang lain pula. Harga mungkin akan naik sekali ganda disebabkan untuk menampung kos operasi katanya. Ala….macam kes gelang AC Mizal tu.
Kerajaan membazirkan RM1 bilion setiap tahun kerana terpaksa memberikan subsidi bagi menampung penggunaan 1.2 juta tan metrik gula kepada rakyat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, penggunaan gula yang banyak bukan sahaja tidak memberi faedah malah ia mencetuskan pembaziran dan masalah kesihatan di kalangan rakyat.
“Setiap rakyat membazirkan RM5,400 setahun kerana gula yang digunakan tidak memberi apa-apa faedah kepada tubuh badan malahan ia menyebabkan masalah kegemukan serta obesiti. “Pada masa ini, 60 peratus daripada mereka yang berusia 18 tahun berhadapan dengan masalah tersebut.
“Penggunaan gula di kalangan orang dewasa di negara ini adalah 100 gram setiap hari iaitu 51 gram gula pasir, 30 gram susu dan 21 gram pemanis lain dan melebihi kadar yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.
Tak agak-agak kalau bagi angka, siapa pulak yang mentekedarah gula sampai RM5400 setahun? Owh…kalau bagi subsidi kepada rakyat membazir? Hasil duit sabsidi tu datangnya daripada mana?? Dari poket-poket kamu sebagai Menterikah?
“Kalau nak beri subsidi pada rakyat dikatakan membazir. Tang mana yang buat untung? Monsoon Cup? “
Sepatutnya bantuan tanggungjawab kerajaan pada rakyat, kalau dah semua subsidi tu pembaziran, apalah tanggungjwb kerajaan pada rakyat?  Masalah pengambilan gula berlebihan tu terpulang pada individu. Yang penting, kesedaran pada rakyat tu sendiri dan dengan pemberian subsidi gula ni meringankan beban pada rakyat yang memerlukan dan miskin. Tak habis-habis menyalahkan rakyat yang membuat pembaziran.
P/S : Harapan rakyat Malaysia hanya satu kalau nak sangat jadi Raja Gula Malaysia, jadi lah player yang bagus, jangan jadi player yang menekan pengguna anda.

No comments:

Post a Comment